So aku pun godek2 la google ni cari resepi yang mudah..yang senang...n sesuai ngan bahan yang ada didapur...okey puding roti ni ada banyak version...puding roti kukus, dan puding roti bakar, puding roti agar- agar dan sebagainya...huhu...so yang aku buat ni puding roti agar2...jom semak resepi dibawah yang telah aku ubah mengikut selera aku...^___^
Bahan-bahan
* 4-5 keping roti (aku letak lebey dlm 6-7 keping)
* 3 biji telur
* 1 tin susu pekat
* 180ml fresh milk dutch lady ( susu cair pun boley)
* 10gram serbuk agar2 (aku pakai agar2 yang sepaket tu)
* 2-3 sudu gula –
begantung pada kemanisan yang anda mau sbb da pakai setin susu pekat tu)
* 2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
* 31/2 cawan air (gune cawan korang buat kopi tu senang)
* 3 sudu besar serbuk koko
* hiasan suka hati korang la nk letak ape pun…xnak letak pun
boley…
Cara-cara
1. Didihkan 3 cwn air, agar- agar ke dalam periuk. Lepas da
hancur agar-agar tu masukkan gula. Sila tggu agar-agar anda hancur betul- betul
baru masukkan gula.
2. Blend roti,telur,susu pekat, susu segar, dan balance air
tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih
lagi. matikan api.
4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu
adunan masukkan serbuk koko. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn
sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko
tersebut).
5. Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2
loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain
tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang
smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan
hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk
sekurang2nya sejam.
7. Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2.
dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.
P/s: Bagi yang nak bertanya bagaimana nak hasilkan bentuk
marble seperti dalam gambar tu,sila baca resepi tu betul2 dan fahami dulu
yer..sebab kat situ dah bagitau step by step secara detail macam mana nak buat
^___^( sila buat betul2..jgan menderhaka macam aku...akibat menderhaka resepi sebenar hasil marble nye x jdik..hahaha)

puding roti coklat marble yang belum dipotong

full view lepas dipotong...design macam mozek lantai plak...hahaha
okey diatas adalah rupa puding roti coklat marble aku...^___^... selamat mencuba...







