Wednesday, November 4, 2009

LOVE THE WAY U LIE...


Kehidupanku penuh dengan perit dan getir
Aku terluka kerana harus melakukan semua ini dengan bukan rela hatiku.
Ia amat menyeksa diriku dan amat menyakitkan,
Aku tahu aku seorang yang lemah dan tidak mempunyai apa-apa
Tetapi tidak bermakna aku harus mengikuti segala-galanya
Tanpa kerelaan hatiku
Aku terseksa dengan kehidupan ini
Bibir manisku tersenyum manis,
Gelak manjaku sentiasa kedenganran
Suara merduku sentiasa menghilangkan sepi
Tetapi hatiku menangis merintih mahu dilepaskan
Aku menangis kerana nasibku yang malang.
Oh….Tuhan
Apakah kesalahanku sehingga nasib aku seperti ini sesungguhnya aku hanyalah manusia yang lemah




Tuesday, September 29, 2009

RAYA 2009

kasi clasicc sket ek...


adik, adik, me...
athirah, eda, amirah..



ema...

mana 1 akak, adik ni??????



Wednesday, August 19, 2009

15 MADAH CINTA PALING PANAS


Kata-kata cinta yang puitis dan indah sememangnya mampu memberikan impak kepada perhubungan yang terjalin. Walaupun ringkas, madah cinta selalunya mempunyai maksud yang mendalam apabila diperhalusi.Jika suatu ketika dahulu kata-kata seperti HACKS (Hanya Aku Cinta Kau Seorang) atau CINTA (Cinta Itu Nikmat Tapi Awas!) cukup popular di kalangan remaja yang bercinta, kini disenaraikan pula 15 madah cinta yang dikatakan paling hangat sepanjang tahun ini.

Jika anda tidak mempercayainya, apa kata kamu cuba tujukan madah-madah cinta ini kepada insan yang kamu sukai dan lihat respon yang diberikannya. Jika si dia tersenyum sambil menatap wajah anda, itu bermakna kamu berjaya menyentuh hatinya.


1. Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi ia tidak pernah berdendam dan tidak akan membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. 

2. Jangan simpan kata-kata cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, kerana akhirnya anda akan catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dimindamu itu sekarang selagi dia mampu mendengar dan tersenyum kepadamu. 

3. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Selepas menemui insan yang tepat itu, sudah pasti kita akan mengucapkan terima kasih di atas kurniaan yang tidak terhingga itu. 

4. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak lagi berada di sisi kita.

5. Jangan melarikan diri daripada cinta apabila ia berada di hadapanmu. Kerana suatu masa nanti, anda pasti teringat kembali akan cinta tersebut dan menyesali perbuatanmu itu.

6. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan jiwa raga.

7. Cinta berupaya mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmah. Itulah kuasa cinta.

8. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Tetapi lebih menyakitkan apabila anda mencintai seseorang tetapi anda tidak pernah memiliki kekuatan dan keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

9. Kadangkala kamu tidak menghargai insan yang mencintamu sepenuh hati hinggalah anda kehilangannya. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna lagi kerana perginya tidak mungkin akan kembali lagi.

10. Cinta ibarat pasu antik yang sukar ditemui dan sukar untuk diperolehi. Tetapi ia cukup mudah untuk jatuh berderai sekiranya tidak dijaga dengan elok.

11. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah apabila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

12. Kejarlah cita-cita yang diimpikan sebelum mencari cinta. Apabila tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.

13. Setiap orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang pernah merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta tetapi tidak semua yang berpeluang mengecapi bahagia.

14. Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat. 

15. Manusia tidak jatuh di dalam cinta dan juga tidak keluar daripada cinta. Tetapi manusia tumbuh dan membesar bersama cinta.



Tuesday, July 21, 2009

PERNAHKAH...


Pernahkah anda menatap orang-orang
yang anda sayang saat mereka sedang tidur?

Kalau belum, cubalah sekali saja menatap
mereka saat sedang tidur.
Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling
wajar dan paling jujur dari seseorang.
Seorang artis yang ketika di panggung
begitu cantik dan gemerlap pun
akan tampak polos dan jauh
berbeza jika ia sedang tidur.
Orang paling kejam di dunia pun
jika ia sudah tidur tak akan tampak
wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda
saat beliau sedang tidur.
Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat
dan gagah itu kini semakin tua dan lemah,
betapa rambut-rambut putih
mulai menghiasi kepalanya,
betapa kerut merut mulai terpahat di
wajahnya.
Orang inilah yang tiap hari bekerja keras
untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa saja asal
perut kita kenyang dan pendidikan kita
lancar.

Sekarang, beralihlah. ...
Lihatlah ibu anda....
Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan
yang dulu halus membelai- belai
tubuh bayi kita itu kini kasar kerana
menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita.
Orang inilah yang tiap hari
menguruskan keperluan kita.
Orang inilah yang paling rajin
mengingatkan dan
membebeli kita semata- mata
kerana rasa kasih dan sayang,
dan sayangnya, itu sering kita salah
ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang
yang kita cintai..sayangi itu...
Ayah, Ibu, Suami,
Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat,
Semuanya...
Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya.
Rasakanlah energi cinta yang mengalir
perlahan-lahan
saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir
deras ketika mengingat betapa
banyaknya pengorbanan yang telah
dilakukan orang-orang itu untuk
kebahagiaan anda.

Pengorbanan yang
kadang-kadang tertutupi oleh
salah faham kecil yang entah kenapa
selalu saja nampak besar.
Secara ajaib Tuhan mengatur agar
pengorbanan itu akan tampak lagi
melalui wajah-wajah jujur mereka
saat sedang tidur.
Pengorbanan yang kadang melelahkan
serta memenatkan mereka
namun enggan mereka ungkapkan.
Dan ekspresi wajah ketika tidur pun
membantu untuk mengungkap segalanya.
Tanpa kata, tanpa suara dia
berkata...



Tuesday, July 7, 2009

AKU SEORANG WANITA

Yg punya hati dan perasaan.
Mungkin aku kelihatan kasar
Tetapi jiwa ku tetap wanita
Aku seorang wanita
Yg tidak bisa bersendirian
Jgn biarkan daku duka tanpa luahan
Aku seorang wanita
Aku mungkin jahat dan hina
Namun aku tetap wanita
Yg perlu belaian kasih sayang
Aku seorang wanita
Yg lemah segalanya
Jgn la dikau salahkan daku
Jikalau aku meluahkan perasaan ku
Aku seorang wanita
Mungkin aku kuat dan tabah
Dalam hadapi dugaan hidup
Namun hati wanita tuhan sahaja yang mengetahuinya
Aku seorang wanita
Yg memerlukan teman hidup
Bukan kerana ku tidak bermaruah
Tapi kerana perlukan kasih dan cinta
Aku seorang wanita
Yg tuhan kurniakan kelembutan
Walaubagaimana hati ku membara
Namun jiwa ku tidak tersampai membenci manusia
Aku seorang wanita
Yg punya harga diri dan maruah
Wahai semua jejaka
Jgn kau mempermainkan jiwa kaum hawa
Jgn lah aku dibiar tanpa teman

Monday, July 6, 2009